warga Syria makan singa kerana lapar

dailymail.co.uk

Damsyik : Perang saudara dan sekatan membuat warga Syria tak punya makanan . Tubuh anak - anak bergetar kerana lapar . Mereka yang terjebak di medan perang terpaksa makan rumput , sebagai pengganti roti . Sejumlah ulama bahkan mengeluarkan fatwa kontroversi : penduduk yang terkepung di luar Damsyik boleh mengambil daging anjing dan kucing untuk bertahan hidup .

Sebuah foto yang beredar baru - baru ini di media sosial menunjukkan , warga Syria menyembelih singa di zoo untuk dimakan .

Para aktivis berkata , foto  itu adalah bukti bahawa penduduk di negara yang dilanda perang berpanjangan itu kelaparan .

Dalam gambar , yang belum disahkan , menunjukkan , 3 lelaki berada di sekeliling bangkai singa . Salah satu lelaki memegang kepala singa kurus yang tak lagi bernyawa . Lain kelihatan sedang memotong daging dari kaki belakang haiwan itu .

Apa yang kelihatan seperti bongkah daging teronggok di lantai simen di sisinya . Haiwan malang yang dikorbankan itu diduga berasal dari Zoo Al - Qarya al - Shama .

Laporan lain menyebut , lelaki - lelaki itu tak hanya mengambil dagingnya , tapi juga kulit untuk membalut tubuh dari kesejukan. Sementara , ada yang menyebut , binatang itu sudah mati sebelum dagingnya diambil untuk dimakan .

Penduduk di kawasan paling teruk terdampak perang awam , termasuk di wilayah timur Ghouta , nyaris putus asa kekurangan makanan .

Itulah yang membuat seorang ulama menfatwakan boleh makan daging dan kucing . " Bukan kerana itu halal , namun sebagai refleksi dari realiti bahawa kami menderita , " kata Sheikh Saleh al - Khatib , seperti dikutip dari Daily Mail , 29 November 2011 . " Orang - orang di sini tak punya apa-apa untuk memberi makan anak - anak mereka . "

Menurut Daily Telegraph , PBB mengatakan bahawa orang awam yang kelaparan di Syria berada di kawasan terkepung , yang tak boleh diakses bantuan makanan .

PBB membahagi - bahagikan makanan untuk 3.3 juta orang di Syria pada bulan Oktober . Badan Makanan PBB menambah , status pemakanan mereka yang terperangkap sangat membimbangkan , terus menurun dalam masa beberapa bulan .

Kanak - kanak Paling Menderita

Lebih dari 2 juta warga Syria lari dari rumah selama konflik berlaku , mencari perlindungan di pelbagai negara jiran seperti Jordan , Lubnan , Turki , dan Iraq . Sekurang-kurangnya lebih dari setengahnya , kira-kira 1.1 juta adalah anak - anak - yang 75 peratus berusia di bawah 12 tahun .

Badan Pelarian PBB ( UNHCR ) mendedahkan , anak - anak pelarian Syria di Lubnan dan Jordan beralih menjadi tulang belakang keluarga .

Mereka yang tak mendapatkan hak mendapatkan pendidikan , lahir di keluarga yang tercerai berai , dihantui trauma konflik , terpaksa masuk dunia kerja .

Anak - anak berusia semuda 7 tahun walaupun kerja menjadi buruh di ladang , ladang , dan kedai - kedai , dibayar tak seberapa bahkan berisiko dieksploitasi .

Di Lubnan , beratus-ratus anak - anak pelarian - banyak dari mereka gadis - gadis cilik berusia 7-12 tahun - dijemput setiap harinya dari puluhan penempatan pelarian tak rasmi di Lembah Bekaa dan wilayah sempadan di utara , dimuat ke lori , dan dibawa ke ladang tempat mereka bekerja selama 6-8 jam dengan bayaran seadanya .

Banyak anak - anak pelarian Syria di Lubnan juga jatuh ke tangan kumpulan jenayah yang mengeksploitasi mereka - dijadikan pengemis di jalan - jalan Beirut atau menjual bunga dan gula-gula getah .

Anak - anak yang tertinggal di Syria tak kalah tragis nasibnya . Tak hanya terancam nyawanya , mereka juga dilatih di kem latihan pejuang . Seperti yang ada di al - Ghouta .

Semuda itu , mereka diajar membawa senjata dan kemahiran ketenteraan . Siap terjun ke medan perang yang ganas .

Sumber: news.liputan6.com

Wanita didakwa di mahkamah kerana meraba dan mencuba cium wanita lain di bas

  detikNews
Singapura - Seorang wanita di Singapura dibicarakan atas dakwaan yang sedikit tidak lazim. Wanita berusia 26 tahun ini meraba dan mencuba mencium wanita lain di dalam bas.

Poh Sin Ying harus mempertanggungjawabkan perbuatannya di mahkamah setempat. Dia dijerat 3 dakwaan soal pemaksaan menyentuh wanita lain di dalam bas.

Seperti dilansir Asia One, Jumaat (7/6/2013), disebutkan bahawa Poh menyentuh rambut mangsa yang berusia 25 tahun ini sebelum akhirnya memegang tangan, pinggang dan kemudian merabanya. Tidak hanya itu, Poh juga berusaha mencium korban di dalam bas.

Insiden ini terjadi di dalam sebuah bas yang melaju di Commonwealth Avenue West, Singapura pada 15 April lalu. Tidak disebutkan lebih lanjut hubungan antara Poh dengan korbannya. Tidak diketahui juga apakah Poh mengenal korbannya.

Wanita yang tidak diketahui profesinya ini, terancam hukuman penjara jika dinyatakan bersalah atas dakwaan tersebut. Hukuman maksimal 3 bulan penjara dan denda hingga mencapai 500 dolar Singapura   untuk setiap dakwaan.

Kes ini mulai dibicarakan pada Jumaat (7/6) ini. Poh yang berambut panjang dan berkacamata ini dilaporkan tampak tenang ketika masuk ruang mahkamah.

Sadis Kerana Lipstik Anak Di Pukul Sehingga Mati



Sadis, Kerana Lipstik Anak Di Pukul Sehingga Mati | Assalamualaikum... "Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama", itulah dialog anak perempuan kecil yang malang sebelum dia dipukul dengan kejam oleh ibunya itu.

Setelah mendengarnya dialog itu diucapkan, ibu yang kejam itu mengamuk lalu memukul anaknya tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya setelah melihat lipstiknya sudah tinggal separuh.

Sadis, Kerana Lipstik Anak Di Pukul Sehingga Mati

Setelah puas menlempiaskan emosinya, ibu ini tersedar bahawa anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.

Tapi terlambat.... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup. Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis:

"Sayang Mama Sampai Bila Bila".

# Anak ialah amanah atau pertaruhan yang Allah amanahkan kepada kita supaya kita menjaga dan memelihara mereka baik mengikut landasan Islam. Ibubapa mesti bertanggungjawab bukan saja di dunia bahkan di akhirat sewaktu berhadapan dengan Allah kelak.

Dalam rangka memelihara amanah Allah itu, ibubapa adalah diwajibkan berusaha dengan bersungguh-sungguh melaksanakan didikan agama. Tegasnya mendidik anak beragama itu adalah wajib hukumnya (bukan setakat pendidikan untuk UPSR, PMR atau SPM), Sebaaliknya ibubapa yang melalalikan tugas amanah ini adalah berdosa.

Rasulullah saw bersabda: "Hendaklah kamu pastikan anak-anakmu belajar agama dan hendaklah kamu baguskan akhlaknya." Setiap anak yang dilahirkan itu bersih fitrahnya. Adalah menjadi tugas ibubapa untuk mencorakkan kehidupan anak-anak seterusnya sama ada untuk menjadikannya baik atau sebaliknya. Sabda Nabi saw:

"Semua anak yang dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan yang suci bersih. Maka kesalahan ibubapalah menjadikan mereka yahudi, nasrani atau majusi."
#Bayangan artikel "Sadis, Kerana Lipstik Anak Di Pukul Sehingga Mati" diatas seperti tidak sahih,  kemungkinan besar ianya bukanlah cerita/kisah yang benar2 terjadi..wallahualam.
 sumber