Jika Benar Senjata Kimia Digunakan di Syria Perancis Akan Bertindak

22 Ogos 2013
 
 foto: Reuters
Paris, - Pemerintah Perancis akan bertindak dengan menggunakan kekuatan jika benar bahawa pembantaian yang terjadi di Syria menggunakan senjata kimia. Meski begitu, pemerintah Perancis menolak kemungkinan menggunakan pasukan darat.

"Jika memang itu terbukti, sikap Perancis adalah bahawa harus ada reaksi, reaksi yang bentuknya boleh menggunakan kekuatan," kata Menteri Luar Negeri Perancis Laurent Fabius kepada stesyen televisyen BFM-TV.

"Ada kemungkinan-kemungkinan untuk merespons," tambahnya tanpa menjelaskan lebih terperinci, seperti dilapor portal berita AFP, Khamis (22/8/2013).

Pembangkang Syria   menuding pasukan rezim Presiden Bashar al-Assad menggunakan senjata kimia dalam serangan ke wilayah-wilayah dekat Damaskus kelmarin. Lebih dari 1,300 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan-serangan tersebut.

Ditegaskan Fabius, jika serangan senjata kimia itu memang terjadi, "Saya yakin itu tak boleh dibiarkan tanpa reaksi dari mereka yang percaya akan legaliti internasional," tuturnya.

"Jika   PBB tak boleh mengambil keputusan, ketika itu, bagaimanapun juga keputusan harus diambil. Bagaimana? Saya tak ingin berkata lebih jauh," ujarnya.

Sebelumnya, Dewan Keamanan PBB menyatakan pihaknya sedang mencari kejelasan atas dugaan serangan senjata kimia oleh tentera Syria.  Setiausaha Agong PBB Ban Ki-moon pun menyatakan terkejut akan laporan   korban jiwa yang begitu besar dalam serangan itu. Pemerintah Syria sendiri telah membantah menggunakan senjata kimia dalam serangan tersebut
   Sumber:detikNews

Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat 19 10 13 akan diteruskan hingga ke Majlis Raja Raja Melayu

Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat 19.10.13
tidak berhenti setakat ini sahaja , doakan pihak kami dan para alim ulama Thurath Kedah , kami akan usahakan hingga ke Majlis Raja Raja , kami akan persembahkan hasrat kami agar YDP Agong mendesak kerajaan agar wujudkan akta terhadap ancaman Syiah di Malaysia ,Malaysia negara Ahli Sunnah !!!
Doakan usha kami , harap sokongan doa , bantuan kepada usha ulama bersama Mufti Kedah
Kami berjuang untuk ISLAM bukan kerana dunia , bukan kerana nama tetapi kera Aqidah Ahli Sunnah dan untuk selamatkan AQIDAH rakyat Malaysia agar tidak sesat dan tidak keluar dari Ahli Sunnah !!!


Rafizi akan kerjasama dengan Faekah

malaysiakini Jun 25 2012
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata beliau akan bekerjasama dengan setiausaha politik menteri besar Selangor Faekah Husin untuk membongkar penyelewengan yang didakwa berlaku ketika pentadbiran BN di negeri itu.

Rafizi berkata langkah itu adalah susulan kepada peletakan jawatannya – "yang diperbesarkan oleh media Umno bahawa kononnya ia petanda wujud keretakan di dalam pentadbiran kerajaan Selangor yang ditunjangi PKR."

Katanya, tindakan itu juga sebagai menyahut cabaran oleh timbalan menteri pelajaran Puad Zarkashi untuk mendedahkan dakwaan penyelewengan yang berlaku di negeri itu.

"Esok saya akan mula duduk berbincang dengan Cik Faekah Husin untuk meneliti semula fail penyelewengan yang berlaku di Selangor semasa pentadbiran Umno dahulu, sebagai menyahut seruan pimpinan Umno agar saya membongkarkan penyelewengan yang berlaku di Selangor," katanya.

Cabaran berkenaan disuarakan oleh Puad dua hari lalu ekoran tindakan Rafizi meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Puad menyifatkan perletakan jawatan itu sebagai kesan daripada kemarahan Rafizi terhadap pemimpin tertentu dalam pentadbiran tersebut dan mencabar pemimpin muda itu supaya mendedahkan dakwaan penyalahgunaan kuasa di Selangor.

Blog pro-Umno sebelum ini menimbulkan spekulasi bahawa perletakan jawatan Rafizi pada 21 Jun merupakan kesan daripada perbalahan dengan Faekah, yang didakwa berpengaruh besar ke atas Meneri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, termasuk dalam pengagihan RM300 juta melalui Geran Selangorku.

Rafizi bagaimanapun menafikan perkara itu dan menjelaskan bahawa beliau meletak jawatan untuk menumpukan perhatian dalam parti bagi menghadapi pilihan raya umum.

"Peletakan jawatan ini adalah satu tindakan biasa yang juga dilandaskan pada asas moral keraa seorang ahli politik tidak wajar dibayar gaji dari wang rakyat apabila tumpuannya cederung kepada aktiviti politik partinya."